Saturday, April 30, 2011

Masalah Ekonomi Asas

-Masalah kekuranagan sumber ekonomi akan menimbulkan beberapa persoalan asa yang perlu diselesaikan oleh unit-unit ekonomi.
-Masalah asas ekonomi ialah
i. apa yang hendak dikeluarkan
ii. berapa yang hendak dikeluarkan
ii. bagaimana hendak dikeluarkan
iv. untuk siapa dikeluarkan

Barangan awam

-Barangan awam disediakan oleh kerajaan
-barangan awam tidak perlu dibayar tetapi penawarannya terhad
-Contoh barangan awam ialah jalan raya, padang awam, dan klinik kerajaan (ada yang perlu bayar tapi sikit sahaja)
-Ciri-ciri barangan awam:
a. tidak perlu dibayar
b. penawarannya terhad
c. setiap individu baleh menggunakan
d. mempunyai kos lepas

Barangan Ekonomi

-Barangan ekonomi merukan barangan yang dikuluarkan oleh pihak swasta dan mempunyai harga
-Contoh barangan ekonomi ialah, kasut, rumah, televisyen dan kereta
Ciri-ciri barangan ekonomi
a. perlu membayar kerana memounyai harga
b. penawarannya terhad
c. mempunyai kos lepas

Barangan Percuma

-Barangan percuma boleh diperoleh di mana-mana sahaja dan sangat diperlukan oleh manusia
-Barangan percuma merupakan anugerah tuhan
-Contoh barangan percuma: cahaya matahari, udara, laut dan salji
Ciri-ciri barangan percuma:
a. tidak perlu dibayar
b. penawaran tidak terhad
c. tidak mempunyai kos lepas

Jenis-jenis barang

-Barangan ekonomi terbahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
a. barangan percuma
b. barangan ekonomi
c. barangan awam

Masalah ekonomi firma

-Firma merupakan organisasi yang merancang bagaimana sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan (macam kilang tapi buka semuanya kilang)

Masalah ekonomi Isi Rumah

-Isi rumah merupakan salah seorang ahli di dalam rumah, iaitu pengguna dan pembeli barangan dan perkhidmatan.
-Isi rumah bertanggungjawab memilih barangan yang terbaik dan lepaskan yang lain (kos lepas)
-Barangan yang terbaik ialah barangan yang boleh memuaskan keinginan dan keperluan yang maksimum.